Matahari enggan turun hari ini; hatinya masih cemburu dengan bumi
Maka tergantung ia sejengkal di ufuk sana
Mencurah jingganya ke biruan langit
Maka saat itu rembulan tunduk meratapi
Demi kehangatan malam dan kegelapan yang menyelubungi
Hakikat yang kita semua punya penyakit di hati
Ah, tetapi matahari tidak kan pernah peduli
Hanya dia untuk bumi
Kerana silaunya ia hidup; kerana bahangnya ia mati
Cis, rembulan kau yang tak pernah bersyukur!
Jangan harap kan bersinar lagi

Pergi

Lalu demikian bulan berlayar
Bulan belayar entah kemana
Entah kemana entah kenapa
Hilang imbangan hancur semua

23 Mac 2010.
Rawang.

About this entry