1

Terima kasih kepada yang menunggu, selamat jalan kepada yang pergi berlalu. Tak mengapa, masa kamu berharga.

Aku sedang asyik memerhati hujan, mendengar irama-irama merdunya. Sebuah sweet escape daripada gegendang telingaku dipalu oleh sebuah band tempatan yang namanya sama. Mungkin aku dah tua. Mungkin aku tak ada taste. Ah, lantaklah.. seperti kata-kata gadis Caucasian. Whateverr.

Bukan maksudku untuk berhenti menulis, bukan maksudku juga untuk menulis entry ini dalam Bahasa Melayu berselit-selit frasa English. Aku bosan. Aku bosan. Tetapi selepas hampir 2 bulan tanpa menulis, aku bosan. Aku bosan bosan. Jadi aku nak menulis semula. Memang senang nak buat keputusan kan?

Teringat aku sebulan yang aku habiskan di pantai-pantai indah di Bahamas sambil menghirup Virgin Piña Colada serta hujung minggu berjalan-jalan di lorong-lorong sempit Havana bertemankan sebuah kamera polaroid, snap snap snap gambar-gambar kehidupan yang jarang kita lihat di corong-corong television yang sarat dengan Artist yang buta seni. Kenapa mereka digelar Artist? Pelakon kan senang? Artist hanya layak dipakai oleh Azmyl Yunor dan rakan-rakan. Kenapa mereka yang busking dekat Central Market digelar pemuzik jalanan? Sudirman pun buat concert dekat Chow Kit, tapi dia Artist. Ah, terima kasih Havana.. bandar usang yang banyak mengajarku erti kehidupan.

Yes, memang aku tipu. Aku tak pernah ke Bahamas, tetapi aku memang teringin nak ke Havana. Pelik, aku tau. Aku pun pelik orang yang hanya ingin ke Paris, London dan New York. Apa salahnya ke Berlin menyaksikan Brandenburg Gate serta tinggalan Tembok Berlin dan Checkpoint Charlie? Oh, susah la Hadi.. Orang Jerman tak cakap English. Ya Tipah, betul.. Tapi orang Paris juga tak cakap English, Ils ne parlent pas Anglais.. Ils parlent Français. Oui, je parle Français aussi. Mais je parle tres peu. Zaim, tolong betulkan grammar aku. Madame, maafkan aku kerana malas-malas. Sesiapa yang ingin temani aku backpacking ke Indochina, India, Pulau Jawa, The Silk Road, Havana serta ke Kuala Kangsar, you know my number.

Mungkin berjalan akan membuka mata aku yang kian mengantuk.. Mungkin juga tidak. Tapi tak salah mencuba kan? Perut pun dah semakin membesar, nafas semakin pendek.. Rupa-rupanya pijak clutch bukannya satu senaman. Hurm, tak apa.. tapi ingat sahabat songsang kepada sahabat songsangku. Just because some people signal with their left hand doesn't mean that they are any better. Ingat tu.

Terima kasih kepada Salman Rais dan Ameirul Azraie. Blog anda memberikan aku speret.

About this entry