3
Aku bangun tidur lewat lagi pagi ni. Aku bangun penuh benci.. Basuh muka, bukak TV. Aku duduk atas sofa hitam mewah yang tadinya aku jadikan katil. Tak lupa juga penghargaan buat bantal kuning kempis yang tak selesa. Shit.. Tangan aku kebas.Aku berjalan masuk bilik. Lampu tungsten malap masih menyala.. sayup-sayup warnanya. Di tepi komputer ribaku, 19 pita Betacam SP. Pita-pita analog yang tak sabar-sabar untuk di-digitalkan.
Ah.. happy holidays.
Aku belum ada tiang seri. Tumbang tiang seri tumbang semuanya. Tiada tiang seri, apa yang ada? Nak buat keputusan memang senang. Konsekuensinya yang aku masih bingung. Ditelan mati anak, diluah mati bapak. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Hari ini abstrak lagi.
Aku nak ke Sentul West. Aku nak hidup di sana. Indah. Tak macam Pandan Indah, Bukit Indah atau Indah Valley. Marketing memudahkan anda berfikir. Slap an interesting name to a pig and sell it as a thoroughbred. Tutup TV, tutup radio. Tutup blog ini juga, buat blog sendiri dan tulis apa yang anda rasa. Berfikir untuk diri sendiri. Biar otak anda rasa berjasa.
Muka maybe tak handsome, itu tak apa. Tua-tua berkedut juga. Bila melecur boleh hancur. Akal kita indah. Nostradamus mungkin dah mati, tapi akal yang dia curah atas kepingan-kepingan Gutenberg masih laris hingga hari ini.
Bak kata watak Hugo Weaving yang aku amat minati, ideas are bulletproof.
Hari ini May Day. Aku teringin nak demonstrasi di tengah-tengah jalan. Baju aku dah merah. Siapa-siapa sudi dermakan sepanduk? Tapi aku tak mahu jadi proletariat, menunggu dan menunggu masa kejatuhan bourgeois. Aku nak berlari sambil memikul sledgehammer, walaupun aku bukan kerja kilang. Yes, aku bosan jadi middle child sejarah. Dan yes, aku dapat idea tersebut dari Fight Club, aku memang minat Ed Norton.
Aku bosan.
Kenapa tengok E! News? Tekan 551. Terima kasih.
About this entry
You’re currently reading “
- Published:
- Thursday, May 01, 2008
- by amerhadiazmi
0 Comments
Post a Comment