39

Adik bangun pagi dengan girang; abang-abangnya semua dah hilang. Dia tersenyum riang sambil menyanyikan lagu-lagu gembira masa muda sedang kakinya melangkah masuk ke tandas. Darah-darah kering malam semalam masih belum habis dicuci lalu disental-sentalnya tapak kakinya itu. Pada lantai kamar kecil itu mengalir air-air merah cair.

"Sirap bandung!", ujur si adik. Ini membuatnya berasa lapar.

Balik di bilik adik mengenakan pakaian yang indah-indah yang lazimnya buat hari-hari kebesaran kaumnya. Ini juga hari kebesaran baginya. Cukup kena warnanya, merah panas menyala seperti darah yang terpancut dari tunggul leher abangnya selepas puas ditetak-tetak. Dia kagum dengan keteguhan anatomi manusia ciptaan Ilahi; tak semudah menakek leher ayam. Berjalan ke cermin full body di dinding, adik menatapi dengan teliti kesempurnaan dirinya.

Mak tak ada di rumah. Mana mak pergi agaknya. Tanya hati adik ketika dia menuruni anak-anak tangga. Selalunya atas meja pasti sudah terhidang sarapan yang lazat-lazat. Kenapa mak tak masak ya hari ni? Oh, lupa pula. Mak kan pengsan. Terkejut barangkali, melihat bangkai-bangkai abangnya berselerak di atas lantai. Maaf ya mak? Nanti adik kemaskan balik ya? Mak ni dramatik sangat la. Seloroh adik sedang dia berhati-hati berjalan di ruang tamu, takut-takut bajunya dan kakinya yang baru dicuci terpalit darah.

Di dapur, adik membuka peti sejuk. Kepala abang-abangnya sejuk membeku di dalam, lidah terjelir panjang dengan mata terbeliak, mungkin kerana sakit. Tah la, adik tak tau pulak sakit ke tak; kepala adik masih ada pada badan. Dia terus membelek-belek kepala abang-abangnya.

"Nak makan kepala abang Din la", ujur si adik. "Abang Din pandai, adik nak jadi pandai macam abang Din!"

"Nanti adik nak jadi kuat adik makan kepala abang Man pulak ye?", kata adik sambil mencubit-cubit pipi abang Man-nya.

"Adik saaaaaaayang abang-abang semua!"

About this entry