41
Dia tersenyum mendengar pelawaan jejaka tampan itu. Berbaju kemeja bergosok cermat, segak betul dia hari ni. Sebetulnya, tiap-tiap hari dia melihat jejaka tampan itu, tiap-tiap hari juga dia segak. Tak sangka hari ini dia datang menyapa."Hi."
Ringkas, padat. Berkeyakinan.
"Hi."
Tak rugi aku bersiap-siap pagi tadi, ujurnya dalam suara hati.
"Sibuk ke?"
"Takde la, sikit-sikit je ni. Kenape?"
"Saje.. Tak letih ke mate menjeling?"
Gugup jantungnya menyedari minatnya terhadap lelaki tersebut disedari. Tak apa mungkin, apa yang nak dimalukan, kalau hati sudah berkenan. Sedang darah mengalir melimpahi urat-urat pipinya, mukanya yang merah menyala itu tersipu-sipu tertunduk malu.
"Cantik baju awak hari ni, tapi saya lagi suka tengok awak pakai baju yang semalam tu."
"Baju semalam?"
"Ala.. yang biru muda tu. Baby blue.. soft, sweet.. Padan dengan orangnya."
"Awak ni.. jangan la buat saya malu."
Kedua-dua mereka duduk terdiam, terdiam dan lalu tersenyum.
"Awak nak lunch dengan saya?"
"Taknak la.."
"Kenapa?", tersentak jejaka itu.
"Saya nak dinner dengan awak"
Dia tersenyum sambil matanya melambai-lambaikan jelingan manja.
"Awak ni.. Even better. I know a nice place for people like us"
Seakan-akan koreografi yang sempurna, jari jemari mereka bertemu dan bersentuhan dalam usapan-usapan manja. Mata mereka terpaku dalam tatapan yang dalam, mencari-cari suatu bibit-bibit kepastian yang mungkin terpancar dari hati.
"Hoi!"
Tiba-tiba jauh di sudut pantry pejabat terdengan satu laungan yang mencantas segala lamunan, menghiris segala sentuhan dan perasaan antara mereka.
Bos.
"Tengok la jam dah pukul berapa. Kamu dua orang tu. Jom ikot saya sembahyang Jumaat. Minggu lepas saya tak ada kamu bukan nak pergi."
"O..Okay bos", jawab mereka berdua.
"Kain pelikat ada?"
About this entry
You’re currently reading “
- Published:
- Saturday, July 25, 2009
- by amerhadiazmi
4 Comments
Post a Comment