6


Gambar ini bukan staged. Emosinya asli, butir-butir air yang tergelincir di pipi juga tulin. Mata merah berair mengekori gerak sebuah motokar sedang ia bergerak jauh dan semakin jauh ke ufuk barat lalu hilang.

Masih muda dan masih kurus. Fizikal berubah, hati tetap sama.

Aku menangis bukan kerana motokar itu. Bukan juga kerana insan-insan di dalamnya. Aku menangis kerana aku dan kerana masa dan ketika itu. Jam 1.10 pm, 26 Oktober 2005.

Poyo, aku tau. Emosi kurang stabil. Hormon juga kacau bilau. Jangan risau, aku tak apa-apakan kau.

Boys don't cry konon. Berhentilah menipu diri sendiri. Tuhan kurniakan emosi, layanlah. Tapi ingat, karma police ada di mana-mana. Jaga-jaga!

About this entry