Cukai Jalan dan Rebate

Mai sini aku nak cerita sikit.

Minggu lepas aku pi la Bangunan UniAsia dekat Jalan Sultan Ismail nak renew insurance. Lepas tu aku lintas jalan pi Pejabat Pos Medan Tuanku. Tunggu punya tunggu nombor aku pun naik kira-kira lepas setengah jam. Aku pun pi la dekat kakak tu habaq nak renew roadtax, siap dok pegang dah borang nak claim rebate tu.

"Ni kena buat dekat JPJ, ada saman."

So tak lama lepas tu aku pi la Balai Polis Rawang, dia kata kalau pasal traffic kena pi Selayang jadi aku pun pi Selayang. Sampai Selayang dia pun print la saman aku. Satu kemalangan, satu speeding. RM 600. Adoi.. Mahai. Aku teringat terbaca dalam surat khabaq kata ada boleh dapat diskaun tapi polis tu kata takdak. Adoi..

Kelmarin aku pi Bukit Aman, pi bayaq saman dekat sana. Orang dok kata boleh buat rayuan, tapi time aku masuk-masuk dia pelekat besaq-besaw depan pintu: Tiada rayuan, pegawai pergi kursus. Aku pun pi la beratur bayaq. Nasib la baik polis tu bagi diskaun RM 100. Lega la sikit. Lepas tu aku pi pulak Pejabat Pos nak renew, tunggu punya tunggu, sampai turn aku kakak tu kata computer down. Adoi..

Aku pun pi JPJ Setapak esoknya. Terkejut aku, dalam 10 minit dah turn aku. Duduk sat, bayaq, setel. Pergh.. Cemerlang. Aku pun tak sabaq nak pi Pejabat Pos nak redeem duit yang Pak Lah nak bagi tu. Dekat JPJ tu ada Pos Mini, tapi tak bulih nak redeem situ. Sebab dia mini kot. Tak pa lah, esok aku pi Pos dekat rumah.

So lagi sekali aku tunggu nombor aku naik. Orang ramai, counter ada dua. Nombor untuk bil selalu naik, aku tunggu Pelbagai. Lambat pulak. Tak pa lah, janji dapat. Aku pun pi la dekat abang tu, bagi aku punya geran dengan borang redeem tu.

"Ni dah renew dah?
"Dah, dekat JPJ sebab ada saman"
"Bila ni renew?"
"Kelmarin"
"Kelmarin? Uih.. mana boleh lagi. Kena tunggu 3 hari"
"La, awat?"
"Dak, dia kalau buat kat sini teruih dengan kami boleh dapat teruih"
"Ohh..."
"JPJ tak masuk sistem lagi, hari Sabtu mai noh?"
"Okeyh.."

So nak bagi senang cerita la kan, aku bukan marah sebab aku kena saman. Nak buat macam mana aku eksiden, lepas tu aku tak reti-reti lagi nak bawak slow. Yang aku rimasnya, aku kena pi renew dekat JPJ, dekat situ tak boleh redeem. Nak tanya sikit ni, awat yang kalau aku buat dekat JPJ kena tunggu 3 harinya? Walhal dekat aku punya geran tu dah tulih dah yang aku dah bayaq. Takkan la tak laku geran aku? Takkan hangpa tak percaya? Ada ka orang saja-saja lukis-lukis atas geran kereta?

Aku tau mesti ada jawapan yang logik, aku saja ja nak lepas geram.

About this entry