Stanley Kubrick dan lain-lain

This blank pixel slate is staring at me, daring me to write down something smart, something funny or at the very least, marginally interesting. I've been in this situation many times before. Most of the times I did answer its challenge with a nice writing (according to me) but there are also those times when I just type in gibberish.. and more gibberish as if every keystroke I punched in would hurt, insult and desecrate this piece of blank, white pixel slate. I typed harder to hurt it more.

I'm probably slightly mad.

*

Aku keluar jumpa kawan-kawan semalam. Makan-makan, minum-minum, jalan-jalan, sembang-sembang, gelak-gelak, minum-minum, gelak-gelak semula. Selalu macam tu. Hidup ini cuma siaran ulangan. 

Kita semua plagiat.

Ada plagiat yang berjaya, ada plagiat yang gagal. Aku rasa aku gagal. Aku dah naik masak dengan blank stare yang aku dapat tiap-tiap kali aku cuba cakap sesuatu yang aku rasa macam pandai sikit. Mungkin aku terlalu pandai, tapi aku pastu berdosa menipu kalau aku kata kawan-kawan aku tak sepandai aku.

Aku tak boleh jadi sehebat Adolf Hitler, sehebat Sukarno, sehebat Fidel Castro, sehebat Anwar Ibrahim pun tidak. Tak mungkin aku dapat convince orang dengan percakapan sebagaimana mereka convince orang dengan percakapan. Apa yang aku tahu aku tulis untuk diri sendiri, bila aku mati korang boleh baca dan nilai aku, ikut aku, benci aku, kagumi aku, peleceh aku. Aku tak peduli dah waktu tu. Aku lebih risau kena palu.

Kalau anda pernah menonton filem V for Vendetta anda akan faham yang manusia boleh gagal, jatuh, mati tetapi tidak idea kerana ideas are bulletproof. Tengok ni saya sedang plagiarizing sebuah filem Hollywood. Apa-apa pun, aku lebih senang hati jika idea-idea aku terus hidup melangkaui jasad ini. Aku mahu jadi seperti George Orwell.

*

Semalam aku rasa aku sudah faham apa yang Stanley Kubrick cuba sampaikan melalui filemnya, 2001: A Space Odyssey, tentang Manusia, teknologi dan simboliknya monolith hitam itu.

Manusia berevolusi kerana perlatannya. Setiap langkah ke atas tangga evolusi cuma mungkin kerana adanya peralatan. Peralatan adalah batu loncatan peradaban manusia. Namun semakin manusia berevolusi, peralatannya turut berevolusi.. semakin canggih, semakin canggih. Manusia adalah khalifah muka bumi.

Muka bumi tidak sama dengan angkasa.

Di angkasa, manusia menjadi bayi semula. Dia hilang penguasaan peralatannya kerana persekitaran yang berbeza. Dia perlu belajar berjalan semula. Dia perlu berhibernasi untuk kesana-kemari. Tiada graviti, tiada udara.

Bila manusia hilang kawalan peralatannya dia hilang kawalan evolusinya, peradabannya.

Dengan teknologi yang ultra canggih dimana komputer dapat menilai dan berfikir, apa lagi gunanya manusia? Manusia diganti oleh peralatannya sendiri. Di kekecohan pergelutan antara manusia dan peralatan, yang dicipta tewas dan yang mecipta menang. Manusia lebih daripada perkiraan dan cold logic. Manusia ada jiwa.

Pada penghujung filem itu manusia perlu berhadapan dengan satu cabaran terakhir evolusinya, kematian. Melalui imagery Kubrick perlihatkan yang manusia ialah lebih daripada jasadnya. Daging-daging, urat-saraf dan tulang belulang hanyalah bekas untuk roh manusia sebagaimana sebuah gelas ialah bekas untuk air. 

Biarlah gelas itu pecah, air itu masih ada.

Dengan itu, manusia memulakan langkahnya untuk peringkat seterusnya dalam evolusinya, ke alam roh. Menarik.. bagaimana Stanley Kubrick berjaya menggabungkan dua teori yang contradictory, evolution dan creationism dalam menghasilkan karyanya.

Mungkin sekarang aku patut pergi mandi.

About this entry