8

Ada apa di Lorong Pinang
Sedang anak menggosok mata
Waktu subuh Azan bergema
Sedang aku pulang kerja

Ada apa di Lorong Pinang
Kedai gunting di simpang Jati
Sedang si Tukang di Sri Lanka
Menjamu perut di pagi hari

Ada apa di Lorong Pinang
Hari Jumaat jalannya sesak
Sedang orang khusyuk sembahyang
Diluar sana dia berpolitik

Ada apa di Lorong Pinang
Sungai Ampang mengalir sunyi
Murid sekolah berlari ketawa
Di seberang sana anak mengaji

Ada apa di Lorong Pinang
Ada apa di Jalan Jati
Ada apa di Sungai Ampang
Potret-potret hidup di bandar ini

Lembah Klang ini lebih daripada KLCC dan Bukit Bintang

About this entry