7

Pagi itu hujan lagi. Perlahan-lahan aku buka mata yang masih berkabus sedang melodi titis-titis hujan memalu atap zink, dalam gemanya menenggelamkan kesunyian bilik ini. Aku meraba-raba tilam mencapai jam tanganku. Ah, pastinya aku lewat lagi hari ini. 

Pagi ini hujan lagi, mungkin sama dengan hujan pagi itu.

Pasar Keramat memang sesak pagi-pagi. Apa yang lengang waktu-waktu begini di ibukota metropolitan ini? Sedang aku mengikat tali kastku kemas-kemas fikiranku melayang kembali ke pagi itu. Jangan tanya aku kenapa aku teringat perkara itu, jangan tanya kenapa hari ini. Aku juga tidak pasti. Mungkin kerana orang sepeti aku memang tak banyak benda perlu ingat, tak banyak perlu buat. Hari hari sama saja. Mungkin juga aku bosan.

Pagi itu hujan, aku nampak kamu diseberang jalan, dibawah pokok itu.

Aku tak pernah faham cara orang ikat tali kasut. Kenapa macam terlalu senang sedangkan aku bersusah payah? Ah.. payung aku hilang lagi. Aku dah lambat ni. Sialan kau anak Pak Mat!

*

Nanti aku tulis lagi.

About this entry